fbpx

PKP kekal di empat negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kekal untuk empat negeri bermula 19 Februari hingga 4 Mac.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail sabri Yaakob berkata, empat negeri itu ialah Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Manakala Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk tempoh sama.

“Perlis menjadi satu-satunya negeri yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana kadar jangkitan Covid-19 dilaporkan agak terkawal,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Katanya, larangan merentas lebih 10 kilometer turut ditarik balik namun larangan rentas daerah dan negeri masih kekal.

Ujarnya, aktiviti-aktiviti ekonomi yang dibenarkan semasa PKPB dan PKPP masih sama seperti dahulu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI