fbpx

‘Raja Komen’ kerap diseru, Erul Samah tidak terhina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERUL SAMAH

PETALING JAYA: Diberi jolokan ‘Raja Komen’, gara-gara kerap meninggalkan komen dalam banyak akaun media sosial terutama selebriti tanah, penyanyi dan pelakon, Erul Samah tidak menganggap gelaran sebegitu sebagai penghinaan sebaliknya sekadar satu gurauan.

Erul berkata, gara-gara komen-komen akuan Instagram miliknya yang dikendalikan adik perempuannya, dia kerap diseru oleh golongan artis, bahkan menjadi bahan jenaka ramai golongan netizen.

 “Tiada apa yang perlu dimalukan apabila rakan-rakan seperjuangan ‘seru’ saya dalam ruangan komen kerana mengenali mereka secara peribadi. Contohnya seperti Awal Ashaari, Janna Nick dan Ayda Jebat yang memang saya kenali sejak dulu lagi.

“Cuma, kini nama saya menjadi sebutan netizen setelah dilihat sering meninggalkan komen di Instagram ramai selebriti. Sebelum menjadi kecoh, saya tidak tahu mengenai hal itu kerana sibuk dengan tanggungjawab sebagai guru vokal lagi pun adik saya yang berperanan sebagai pengendali akaun berkenaan,” jelas Erul yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim kesembilan itu kepada Kosmo! Online.

Memandangkan banyak pihak sedang berdepan tekanan dalam suasana pandemik Covid-19 kini, pemilik nama sebenar Hairul Najmuddin Abu Samah itu berharap kehadiran komen-komen daripada Insgtagramnya boleh dianggap sebagai hiburan buat.

ERUL bersama Mark Adam dan Fizie ketika muncul dalam siaran Geng Pagi Hot di konti radio Hot FM pagi tadi.

“Semoga ada juga perkara yang membuatkan mereka ketawa,” kata Erul yang berdepan ribuan kecaman ekoran nama kerap muncul dalam media sosial sejak sebulan lalu.

Perkara tersebut tutut didedahkan Erul semasa menjadi tetamu siaran Geng Pagi Hot di konti radio Hot FM pagi tadi.

“Ada lebih 90,000 mungkin hampir 100,000 mesej dalam peti mesej Instagram saya yang kecam macam-macam, sampah, semak, bila nak mati dan sebagainya. Tetapi saya cuma agak terkesan apabila ada komen yang menghina arwah bapa saya yang telah meninggal. Itu sahaja yang buat saya marah. Tolonglah berhenti kaitkan hal ibu bapa seseorang dalam hal begini,” katanya sebak.

Enggan mendedahkan dalang di sebalik komen-komen Instagramnya, Erul tidak mahu adik perempuannya yang berusia 22 tahun itu berasa malu akibat tempias daripada kecaman  segelintir pihak.

Tambah Erul, memperlihatkan situasi yang sudah berlaku, dia akan meneruskan apa yang dirasakan tepat untuk dilakukan. Malah, komen yang ditinggalkan adiknya juga tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. 

“Saya tidak sedar sebenarnya nama sudah mula menjadi viral sejak sebulan lalu, malah turut digelar ‘Raja Komen’ gara-gara isu ini. Asalkan komen yang ditinggalkan tidak mengguris sesiapa atau berbau lucah. 

“Jika diikutkan memang saya ingin menguruskan sendiri akaun Instagram, namun adakalanya tidak menang tangan dengan tugas sebagai guru vokal di Yamaha Music School sejak enam tahun lalu,” jelas berimej K-pop itu.

Menurut Erul, biarpun dia bukan dalam kategori artis popular namun hingga kini dia tetap bersyukur rezeki dalam bidang seni belum pernah putus. 

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Erul bakal tampil dengan single berjudul Tak Bisa, hasil ciptaan sendiri sepenuhnya tidak lama lagi. 

“Alhamdulillah,  walaupun diberikan pelbagai gelaran namun pembabitan saya dalam industri masih relevan. Saya juga bersyukur kerana masih ada pihak yang memberikan ruang kepada saya untuk berkarya,” katanya yang dijemput tetamu Geng Pagi Hot di konti radio Hot FM pagi tadi. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI