fbpx

Lelaki samun kedai serbaneka larikan duit RM95 beli dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis turut merampas alat yang dipercayai digunakan semasa kejadian tersebut.

MELAKA – Seorang penganggur nekad menyamun sebuah kedai serbaneka menggunakan parang semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah dalam kejadian di Taman Bertam Perdana, di sini kelmarin.

Suspek berusia 37 tahun itu bagaimanapun berjaya dicekup polis di rumahnya di Lorong Balai Panjang di sini dalam tempoh kurang 24 jam selepas menyamun.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian samun tersebut kira-kira pukul 7 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah ke lokasi dan hasil maklumat daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu memberi petunjuk

“Sepasukan D9 terdiri daripada dua orang pegawai dan anggota telah menyerbu sebuah rumah di Lorong Balai Panjang dan menangkap suspek yang berusia 37 tahun kira-kira pukul 1 tengah hari, hari sama.

“Hasil soal siasat, suspek mengakui telah melakukan samun tersebut dan menggunakan wang dicuri berjumlah RM95 untuk membeli dadah jenis syabu dan rokok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ujarnya, suspek juga memberikan alasan mempunyai masalah kewangan kerana tidak bekerja dan hanya mengharapkan isteri yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel di Malim.

Katanya, pihaknya turut merampas sebuah motosikal jenis Aveta RX110, sebuah topi keledar, sehelai baju lengan panjang, sebuah beg galas dan sebilah parang sepanjang 27 sentimeter beserta hulu yang dipercayai digunakan semasa kejadian tersebut.

Katanya, hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek yang mempunyai empat orang anak itu turut mendapati positif dadah.

“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 22 Februari depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat, ” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI