fbpx

Lelaki berendam dua jam di laut kerana cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dilihat berada di dalam air selama kira-kira dua jam berdekatan Jeti Pulau Betong, Balik Pulau hari ini.

BALIK PULAU – Seorang penduduk tempatan sanggup berendam selama dua jam di laut berdekatan Jeti Pulau Betong di sini hari ini berikutan fenomena cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Kehadiran lelaki berusia 40-an itu menarik perhatian kumpulan nelayan pantai di situ apabila sanggup turun ke laut dalam keadaan cuaca panas sekitar pukul 3 petang.

Dia hanya mahu dikenali sebagai Rambo berkata, dia ke situ semata-mata untuk menyejukkan badan disebabkan cuaca yang terlampau panas sejak akhir-akhir ini.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memberitahu, negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga pertengahan Mac depan dengan taburan hujan agak rendah di Semenanjung Malaysia terutamanya di utara Semenanjung.

Keadaan cuaca agak panas yang dialami di kebanyakan kawasan dalam tempoh ini dijangka beransur reda bermula pertengahan April depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI