fbpx

Kelas tambahan dibenarkan dengan persetujuan ibu bapa dan guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi ketika melakukan lawatan dan tinjauan pematuhan SOP di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur, semalam.

PUTRAJAYA – Biarpun sesi persekolahan secara bersemuka bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berakhir pada 9 Februari lalu namun, pihak sekolah masih dibenarkan mengadakan kelas tambahan.

Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kelas tambahan itu bagaimanapun dibenarkan dengan persetujuan ibu bapa dan guru.

Beliau berkata, kelas tambahan itu adalah sebagai persediaan murid sehingga tamat peperiksaan.

“Apabila dimaklumkan bahawa sesi persekolahan secara bersemuka berakhir pada 9 Februari lalu, hasrat kami ialah untuk memberi ruang kepada calon-calon peperiksaan membuat persediaan kendiri.

“Tujuannya adalah untuk membuka ruang seluasnya kepada calon menggunakan masa yang ada dengan pendekatan paling sesuai,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk terus melakukan yang terbaik kepad calon SPM 2020.

Menerusi hantaran sama, Radzi turut berkongsi lawatannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tembak, SMK Seri Titiwangsa dan SMK Keramat Wangsa di Kuala Lumpur, semalam.

Ia bagi meninjau tahap pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) untuk peperiksaan SPM yang akan bermula pada 22 Februari ini.

Menurutnya, antara aspek yang diteliti termasuk susun atur dewan peperiksaan, pergerakan keluar masuk calon serta pematuhan terhadap SOP.

“Kebetulan di ketiga-tiga buah sekolah ini terdapat murid yang sedang mengikuti kelas tambahan.

“Anak-anak ini nampak bersemangat dan bersedia untuk menduduki peperiksaan,” katanya.

KPM sebelum ini memaklumkan, sesi persekolahan secara bersemuka bagi semua calon peperiksaan SPM dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Tahun 2020 berakhir pada 9 Februari ini.

Menerusi pemakluman dikeluarkan bertarikh 4 Februari itu, ia adalah bagi memberi ruang kepada murid bagi membuat persediaan kendiri sebelum peperiksaan bermula pada 22 Februari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI