fbpx

Harga RM900, kena bayar RM2,600

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Wazir

KUANTAN – Hendak beli telefon pintar berharga RM900, tetapi berterusan diperas untuk membayar sehingga mengalami kerugian RM2,600.

Demikian kejadian berlaku ke atas seorang pekerja am berusia 22 tahun di sini selepas tertarik membeli telefon bimbit melalui laman sosial Instagram semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, lelaki itu menghubungi suspek sejurus melihat iklan tersebut.

Mohd. Wazir menambah, selepas mencapai persetujuan jual beli, mangsa diarahkan melakukan pembayaran ke dalam dua akaun berbeza seperti yang diberikan suspek.

“Bagaimanapun, mangsa berterusan diminta memasukkan wang ke dalam akaun suspek sehingga keseluruhan berjumlah RM2,600,” kata beliau melalui kenyataan hari ini.

Ujar beliau lagi, mangsa yang berasa tertipu kemudian tampil ke Balai Polis Jaya Gading di sini semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI