LONDON – Mata wang kripto Bitcoin melepasi paras AS$50,000 (RM201,500) buat kali pertama hari ini manakala ekuiti Eropah ditutup lega selepas melonjak pada hari sebelumnya berikutan sentimen positif pelabur terhadap pelan rangsangan ekonomi Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.
Bitcoin melepasi paras AS$50,000 dalam dagangan tengah hari di Eropah untuk diniagakan pada harga AS$50,547.70 (RM203,707) seunit. Harga mata wang kripto itu melonjak 75 peratus sejak permulaan tahun ini.
Sementara itu, harga minyak ditutup pada paras paling tinggi sejak 13 bulan lalu berikutan masalah cuaca sejuk di Texas. Minyak mentah Brent North Sea diniagakan pada harga AS$63.17 (RM254.58) setong manakala minyak mentah West Texas Intermediate didagangkan pada AS$59.83 (RM241.11) setong. – AFP