fbpx

Bapa tunang bekas pramugari Malaysia harap keajaiban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Huey (kiri) dengan mendiang tunang, Jonathan Long. - Facebook

SINGAPURA – Bapa tunang bekas pramugari kelahiran Malaysia, Raybe Oh Siew Huey, 26, berharap wanita itu akan selamat selepas mengalami kecederaan serius dalam kemalangan yang berlaku awal minggu ini.

Menurut laporan akhbar bahasa Cina Shin Min Daily News hari ini, bapa Jonathan Long, tunang Huey yang maut dalam insiden tersebut sudah menganggap wanita itu seperti anak sendiri.

“Mereka bercinta sudah lama dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi. Huey seperti anak perempuan saya.

“Saya benar-benar harap dia berjaya diselamatkan dan keluarga kami mahu menjaganya andai dia dibenarkan keluar hospital,” kata Long.

Huey yang merupakan warganegara Malaysia melecur 80 peratus di seluruh badan apabila disambar api ketika cuba membuka pintu kereta tunangnya yang sedang terbakar.

Seramai lima mangsa termasuk tunang Huey maut dalam kemalangan ngeri yang dipercayai berpunca akibat dipandu terlalu laju sebelum terbabas merempuh bangunan rumah kedai di Tanjong Pagar.

Menurut jurucakap Hospital Besar Singapura semalam,  Huey kekal dalam keadaan kritikal dan belum sedarkan diri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI