fbpx

AJL35 dijadulkan pada 14 Mac tanpa penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AJL35 bakal menemui penonton 14 Mac depan.

PETALING JAYA – Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang sepatutnya dibuat pada 7 Februari lalu dijadualkan akan berlangsung tanpa penonton pada 14 Mac depan di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Menurut Ketua Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Salleh berkata, pihaknya telah bersedia untuk menganjurkan AJL35 dalam norma baharu ekoran pandemik Covid-19.

“Penularan Covid-19 ini membuatkan kami lebih menitik beratkan kesihatan kakitangan, artis-artis serta mereka yang terlibat menjayakan produksi ini.

“Dalam situasi penularan pandemik ini, kami akan memanfaatkan kebenaran serta kelonggaran yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah berkuatkuasa bermula 8 Januari lalu,” ujarnya dalam kenyataan media.

Katanya lagi, apabila mendengar keputusan tersebut, perancangan teliti telah dibuat untuk memastikan kelancaran acara tahunan berprestij itu dan merancang untuk menganjurkan AJL35 pada 14 Mac 2021.

“Walau bagaimanapun, tarikh tersebut bukanlah tarikh muktamad kerana kami perlu akur dengan sebarang ketetapan yang bakal diumumkan oleh pihak MKN dari semasa ke semasa berkaitan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Terdahulu, AJL35 yang dihoskan oleh Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari telah dijadualkan untuk bersiaran pada 7 Februari 2021 di Auditorium MBSA, Shah Alam, sebelum ditunda ekoran pelanjutan tempoh PKP.

Sebanyak 12 lagu layak bertanding dalam AJL35 antaranya Semalam (Aina Abdul), Gundah (Ernie Zakri), Eh (Zizi Kirana), Gila (Kaka Azraff, Noki dan Loca B) dan 7 Nasihat (Shiha Zikir). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI