fbpx

5,718 kes sembuh, tertinggi dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kes positif Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Sebanyak 5,718 kes sembuh direkodkan hari ini sekali gus tertinggi dilaporkan, menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 224,053 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu pula mencatatkan sebanyak 2,720 kes kesemuanya penularan tempatan menjadikan sebanyak 269,165 kes positif Covid-19 dilaporkan.

Menurutnya, kes aktif kebolehjangkitan Covid-19 pula melaporkan sebanyak 44,129 kes.

“Sebanyak lapan kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 983 kes.

“Dalam masa sama, 19 kluster baharu dilaporkan membabitkan 14 kluster tempat kerja, empat kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 253 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 118 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI