fbpx

25 bom asap dibuang di Felda Kerteh 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin (dua dari kiri) memeriksa sebahagian daripada 25 bom asap yang dijumpai di tapak pembuangan sampah Felda Kerteh 3 pada sidang akhbar di IPD Dungun hari ini.

DUNGUN – Penduduk Felda Kerteh 3, Ketengah Jaya dekat sini gempar dengan penemuan 25 unit bom asap yang masih aktif di tapak pembuangan sampah di tanah rancangan itu semalam.

Kesemua bom asap dipercayai buatan Korea Selatan tersebut ditemui seorang pemandu lori sampah di dalam sebuah kotak berwarna coklat pada pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kotak yang mengandungi bom asap terbabit ditemui lelaki tersebut sewaktu sedang melakukan kerja-kerja pemunggahan sampah di lokasi kejadian.

“Dia menemui bom-bom asap berkenaan di dalam sebuah kotak berwarna coklat yang ditutup dengan dua beg galas kanak-kanak.

“Terkejut dengan penemuan itu, lelaki tersebut kemudiannya telah memanggil beberapa rakan sekerjanya untuk memastikan objek tersebut sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Baharudin berkata, pemeriksaan mendapati kotak berkenaan mengandungi 24 unit bom asap jenis mini Hand Grenade Smoke bertulis DK manakala satu lagi jenis Hand Grenade Smoke bertulis 518 Riot CS.

Menurut beliau, kesemua bom asap yang dijumpai tidak mempunyai nombor siri seperti kelaziman.

“Siasatan awal mendapati bom asap ini jenis sama yang selalu digunakan dalam latihan oleh pasukan keselamatan seperti tentera dan polis,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI