fbpx

Wang simpanan RM3.81 juta lesap ditipu scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas kerugian kira-kira RM3,811,300 selepas ditipu lelaki bernama Freddie Khoo yang menawarkan bagi mendapatkan Geran Bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Ahli perniagaan berusia 74 tahun itu mendakwa mula berkenalan dengan Freddie Khoo menerusi laman sosial Facebook pada Julai tahun lalu sebelum mangsa tertarik untuk mendapatkan tawaran geran berjumlah USD150,000 (RM605,475).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor, Asisten Komisioner Mohd. Salleh Abdullah berkata, mangsa kemudiannya berhubung dengan suspek menerusi aplikasi WhatApps bernombor +14697370743.

Menurutnya, sindiket penipuan disyaki mencipta akaun Facebook palsu untuk memperdaya mangsa dalam  jahat mereka.

“Bagi mendapatkan geran tersebut, suspek memberitahu mangsa perlu membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum mangsa melakukan transaksi sebanyak RM12,800.

“Setelah helah berjaya, suspek menaikkan tawaran geran IMF kepada USD900,000 (RM3.63 juta) dan suspek sekali lagi tertarik dengan tawaran tersebut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI