fbpx

Tanah runtuh di Indonesia ragut sembilan nyawa, 10 hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang dirakam Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) hari ini menunjukkan tanah runtuh yang berlaku di Nganjuk, Jawa Timur. - AFP

JAKARTA – Sekurang-kurangnya sembilan orang terkorban dan 10 hilang selepas tanah runtuh akibat hujan lebas memusnahkan sebilangan kediaman di Indonesia, kata beberapa pegawai hari ini dengan beratus-ratus penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Seramai 21 orang pada awalnya dilaporkan hilang selepas bencana berlaku petang semalam di kawasan pedalaman di Jawa Timur.

Agensi Mencari dan Menyelamat Indonesia menyatakan, pihaknya telah menemui sembilan mayat tetapi masih mencari 10 mangsa lain.

Menurutnya, dua orang berjaya diselamatkan.

“Kami tidak boleh membawa jentera berat ke lokasi tanah runtuh buat masa ini,” kata Agensi Mencari dan Menyelamat Jawa Timur kepada agensi berita AFP.

Tanah runtuh itu juga menyebabkan lapan buah rumah rosak teruk.

Bandar Pasuruan di Jawa Timur juga digenangi air banjir selepas air sebatang sungai melimpah akibat hujan lebat. Seramai 350 orang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

Tanah runtuh dan bajir kerap berlaku di kepulauan Indonesia ketika musim hujan.

Pada Januari lalu, sekurang-kurangnya 21 orang meninggal dunia dan lebih 60,000 penduduk melarikan diri apabila banjir besar melanda Kalimantan Selatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI