fbpx

Semua tahanan wanita dipindahkan, CCTV sedang diperbaiki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUCHING – Semua tahanan wanita dan juvana di Balai Polis Pusat Miri telah ditempatkan di lokap Balai Polis Trafik Miri di sini sebagai langkah meningkatkan aspek keselamatan tahanan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, mengesahkan hal ini ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan langkah tersebut telah diambil berikutan kes rogol membabitkan remaja bawah umur di lokap Balai Polis Pusat Miri Januari lalu.

Beliau turut memberitahu bahawa televisyen litar tertutup (CCTV) di balai polis terbabit sedang dalam proses penambahbaikan sebagai usaha pihak polis untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan.

“Setakat ini, CCTV masih belum dapat membuat rakaman kerana menunggu pihak kontraktor untuk membuat penukaran dekoder.

“Pihak kontraktor telah dilantik oleh ibu pejabat polis Bukit Aman dan kini kita masih menunggu mereka datang untuk menggantikan dekoder yang lama dengan baharu,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI