fbpx

Pusat hiburan diserbu, 70 pelanggan dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis memeriksa pelanggan dalam serbuan yang dijalankan di dua pusat hiburan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Polis menyerbu dua pusat hiburan di Jalan Puchong dan Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur dalam operasi yang dijalankan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, dalam serbuan pertama kira-kira pukul 10.30 malam Jumaat, seramai 23 individu telah ditahan melibatkan kes dadah.

“Dalam serbuan itu tiga warga tempatan serta dua wanita warga asing berusia 18 hingga 50 tahun telah ditahan.

“Seramai 11 termasuk sembilan lelaki warga tempatan dan tiga wanita warga asing ditahan melibatkan kes dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua mereka didapati positif dadah menerusi ujian saringan air kencing yang telah dijalankan.

“Polis turut merampas pelbagai barangan dalam serbuan itu termasuk sebuah sound profession, sebuah video on demand, karaoke box, sebuah monitor, sebuah DVD MP4, satu unit mikrofon, ganja seberat 0.5 gram dan sebiji pil Erimin 5 seberat 0.3 gram.

“Selain itu, tindakan kompaun turut dikenakan terhadap 60 lelaki dan 10 wanita dipercayai pelanggan yang berkunjung ke premis tersebut,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI