fbpx

Pelajar hilang rupa-rupanya tumpang rumah rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Ain Fatihah kini menumpang di rumah rakannya di Kota Bharu.

KUALA KRAI – Seorang pelajar, Nur Ain Fatihah Mohd. Asmawi,16, yang dilaporkan hilang di Kampung Lata Rek sejak lebih sebulan lalu berada dalam keadaan selamat dan kini menumpang di rumah rakannya di Kota Bharu.

Ibunya, Suhaila Ghazali, 41, yang tinggal di Kuala Lumpur menerima panggilan daripada anak perempuannya itu kira-kira pukul 6 petang, Jumaat lalu.

“Saya berasa sangat gembira ketika menerima panggilan telefon. Nur Ain Fatihah memaklumkan dia selamat dan menumpang di rumah seorang rakan di Kota Bharu.

“Dia minta saya supaya tidak risau kerana berada dalam keadaan baik dan akan pulang ke rumah suatu hari nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan, pelajar Sekolah Agama Rahmaniah itu hilang pada 5 Januari lalu selepas dipercayai keluar untuk belajar di rumah rakannya di Kampung Lata Rek di sini.

Bapa saudaranya, Shahril Ismail,24, menghantar remaja itu di tepi simpang masuk rumah rakannya yang terletak tiga kilometer dari rumah mereka dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 2.30 petang.

Remaja itu bagaimanapun tidak pulang ke rumah hingga hari ini.

Mengulas lanjut, Suhaila memberitahu, selepas mendapat panggilan itu mereka kerap berhubung melalui aplikasi WhatsApp dan dia cuba memujuk anaknya supaya pulang ke rumah. K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI