fbpx

MAIS perkenal sistem e-Faraid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperkenalkan sistem e-Faraid bagi umat Islam menguruskan harta pusaka dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian.

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, e-Faraid MAIS itu merupakan sistem yang dibangunkan merangkumi penawaran perkhidmatan pengurusan harta pusaka, kaedah pengiraan secara faraid dan pengurusan fail serta pelaporan untuk pegawai yang mengurus.

“Ia merupakan sistem pertama seumpamanya dihasilkan oleh MAIS melalui bidang kuasa yang diperuntukkan mengikut Subseksyen 5(4), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

“Menerusi e-Faraid, pengguna dibekalkan dengan Kalkulator Pengiraan Faraid atau K-Faraid yang bertujuan mendidik mereka memahami kaedah pengiraan dan pembahagian harta pusaka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pelancaran sistem itu disempurnakan Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, sempena perutusan Tahun 2021 dan pelancaran video korporat MAIS di sini, hari ini.

Kata Ahmad Shahir, pengguna yang menggunakan K-Faraid hanya perlu memasukkan butiran waris dan jumlah nilaian harta pusaka peninggalan si mati. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI