fbpx

Lesap RM3,300 beli emas murah di Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang guru di Bentong rugi RM3,300 selepas diperdaya penjual barang kemas yang mengadakan promosi jualan murah di laman sosial Instagram semalam.

Kejadian bermula apabila wanita berusia 40 tahun itu menghubungi suspek untuk membeli gelang emas seberat 10 gram seperti diiklankan di laman sosial tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir. Mohd. Yusof berkata, mangsa menghubungi penjual berkenaan untuk urusan pembelian.

“Mangsa melihat iklan di laman Instagram dan telah menghubungi suspek. Pada esok pagi (semalam), mangsa menerima mesej daripada suspek berkenaan gelang emas.

“Tanpa berfikir panjang, mangsa telah memindahkan wang ke dalam akaun yang diberi suspek,” ujar Mohd. Wazir melalui kenyataan hari ini.

Beliau menambah, guru wanita tersebut menyedari tertipu selepas mendapati akaun bank yang dimasukkan wang tersebut adalah milik seorang lelaki. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI