fbpx

Kelantan benarkan 20 individu hadir majlis akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan bersetuju untuk membenarkan seramai 20 orang individu berada di dalam satu-satu majlis akad nikah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini.

“Kerajaan negeri bersetuju untuk membenarkan majlis akad nikah dihadiri seramai 20 orang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sebelum ini, hanya tujuh orang dibenarkan berada dalam majlis akad nikah, namun kini kerajaan memberi kelonggaran dengan membenarkan 20 individu masing-masing 10 orang (sebelah pengantin wanita) dan selebihnya pengantin lelaki,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Khas JKKN di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Jelasnya, kerajaan negeri juga akan memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, ujarnya, majlis kenduri kahwin masih tidak dibenarkan lagi sepertimana yang telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI