PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai memberikan maklumat mengenai seorang lelaki tempatan yang dikehendaki bagi perbicaraan satu kes di mahkamah.
JIM menerusi satu kenyataan hari ini berkata, lelaki dikenali sebagai Amin Hoo Abdullah, 45, itu dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas PATI Semenyih berhubung satu kes pendakwaan di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
“Alamat terakhirnya di No. 20, Persiaran Pulau Pinang, Jalan Meru, Klang,” ujarnya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta terus menghubungi Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK), Mohd. Azamuddin Long ditalian 0388801338/1330 (waktu pejabat) dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat. K! ONLINE