fbpx

Empat remaja aniaya warga emas tampil mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video permohonan maaf yang dibuat sekumpulan remaja yang telah menganiaya seorang warga emas ketika membonceng motosikal semalam dengan melakukan aksi 'wheelie'.

PETALING JAYA – Empat remaja yang disyaki terlibat dengan video tular sengaja menganiaya seorang warga emas ketika sedang membonceng motor dengan melakukan aksi ‘wheelie’ sehingga mangsa jatuh tampil memohon maaf.

Permohonan maaf tersebut dibuat ketika empat remaja terbabit mengunjungi sebuah rumah yang belum dikenal pasti lokasinya.

Aksi keempat-empat remaja terbabit telah dirakam oleh seorang penduduk kampung dan telah memuat naik rakaman berdurasi 55 saat itu di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook Info Roadblok JPJ/Polis kelihatan beberapa orang penduduk kampung berada di sekitar perkarangan rumah terbabit menyaksikan permohonan maaf yang dibuat keempat-empat remaja itu.

Bagaimanapun, rata-rata netizen mengecam tindakan remaja terbabit yang nyata tidak melakukan permohonan maaf itu secara ikhlas seolah-olah seperti terpaksa.

Pada masa sama, netizen juga mahu pihak berkuasa menyiasat insiden itu dan mengambil tindakan tegas ke atas remaja terbabit.

Seorang pengguna Facebook yang mahu dikenali sebagai Norinah Md Noor telah meninggalkan komen ‘Memang nampak tak sungguh-sungguh minta maaf, hantar balai je.

Turut meninggalkan komen, Puan Zuera :’Macam tak ikhlas je budak-budak ni minta maaf. Macam terpaksa, kalau tengok gaya pakcik tu orangnya lurus, kesian tengok budak buat dia jatuh motosikal semalam. -K! KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI