fbpx

Dua cawangan LHDN di Kuala Lumpur ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu dan Kaunter Bantuan Khas Kerajaan di Cawangan Kuala Lumpur ditutup sementara bermula hari ini.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, penutupan kedua-dua premis itu adalah memberi laluan untuk kerja-kerja sanitasi sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Sebagai alternatif, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan secara dalam talian di www.hasil.gov.my atau boleh mengunjungi pejabat LHDN berhampiran.

“Bagi pembayar cukai yang hadir ke pejabat LHDN, sila patuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan Covid-19 yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya di sini hari ini.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara), HASiL Live Chat.

Selain itu, orang ramai juga boleh mengajukan sebarang pertanyaan melalui borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI