fbpx

Budak perempuan lemas ketika mandi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memberikan bantuan pernafasan kepada Aina Maisarah Hashim selepas dia ditemui lemas di Sungai Pendek dekat Kampung Pengkalan Panchor, Kota Bharu petang tadi.

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas ketika sedang mandi bersama ahli keluarganya di Sungai Pendek dekat Kampung Pengkalan Panchor di sini petang tadi.

Mangsa, Aina Maisarah Hashim, 12, ditemui orang awam kira-kira empat meter di bahagian dasar sungai sekitar pukul 7.25 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong, Zainal Fitri Husain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.20 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

“Anggota bomba telah memberikan bantuan pernafasan, namun mangsa telah meninggal dunia.

“Siasatan mendapati, mangsa dipercayai mandi di sungai itu bersama ayah dan adik-beradiknya yang lain sebelum lemas di kawasan itu,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Ujar beliau, bapa kanak-kanak itu turut meminta bantuan orang awam yang terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan mangsa. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI