fbpx

Bale, Alli pula jadi alasan Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS berada pada situasi yang cukup sukar ketika ini apabila tewas empat daripada lima perlawanan terakhir termasuk tunduk kepada City awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho nampaknya semakin hilang sabar dengan prestasi dua bintang pasukan itu, Gareth Bale dan Dele Alli.

Kedua-dua pemain itu gagal memberikan impak besar apa­bila masuk sebagai pemain gantian ketika tewas 0-3 kepada Manchester City pada aksi Liga perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad awal pagi semalam.

Justeru, Mourinho berharap Bale dan Alli mampu kembali ke prestasi terbaik memandang­kan mereka bakal berdepan aksi penting termasuk pusingan kedua Liga Europa menentang Wolfsburg 19 Februari ini.

“Pemain-pemain berkualiti apabila cergas sepenuhnya sentiasa dialu-alukan dalam pasukan. Mungkin kami sebagai jurulatih kadang-kadang melakukan keputusan yang salah.

“Adakah mereka (Bale dan Alli) pemain berkualiti? Sudah tentu, terutamanya apabila sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Saya mahu mereka beri sumba­ngan lebih besar kepada pasukan,” kata Mourinho.

Mengulas kekalahan tersebut, bekas jurulatih Real Madrid itu menegaskan, pemain-pemain­nya terpaksa beraksi dalam keadaan penat berbanding City.

“Perlawanan ini menemukan satu pasukan yang cergas de­ngan pasukan keletihan. Mereka nyata memiliki kelebihan apabila mampu­ mendominasi sepenuh­nya perlawanan,” ujarnya lagi.
Spurs sebelum ini terpaksa beraksi pada saingan Piala FA ketika mereka tewas 4-5 kepada Everton Khamis lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI