PUTRAJAYA – Jangan terbabit dengan aplikasi ‘Sugarbook’ dan aktiviti ‘sugarbaby’ kerana ia boleh menjurus kepada lembah pelacuran dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.
Penceramah dan pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani menerusi video ringkasnya mengenai isu berkenaan di Instagram berkata, sesiapa yang memuat turun aplikasi itu dikira berdosa.
“Saya nak sebut bahawa siapa yang muat turun aplikasi ini berdosa dalam hidup mereka.
“Jangan terbabit dengan perkara demikian kerana ia menjurus kepada aktiviti pelacuran,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Malaysia telah dikategorikan pada kedudukan ketiga tertinggi Asia bagi jumlah ‘sugar daddy’ melalui aplikasi ‘Sugarbook’.
Sugarbook adalah sebuah aplikasi tidak bermoral yang menyediakan platform bagi mencari wanita-wanita untuk dijadikan perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’.
Ahmad Dusuki menyeru semua masyarakat supaya menjaga keluarga masing-masing dan mengelak daripada terlibat dengan aktiviti sedemikian. K! ONLINE