fbpx

4,521 kes sembuh, 2,176 kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,176 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 266,445 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, satu kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 2,175 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 47,135 kes.

“Sebanyak 10 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di negara ini mencatatkan 9 kes.

“Terdapat 4,521 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 218,335 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 260 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 112 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI