LIPIS – Kedegilan 16 individu termasuk dua wanita mengadakan parti sempena Tahun Baharu Cina di sebuah kebun di Kuala Kechau di sini membawa padah apabila mereka masing-masing dikenakan kompauan RM1,000.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 6.45 petang semalam itu kesemua individu berusia 17 hingga 67 tahun itu didapati sedang berkumpul dan menjamu selera dalam sebuah pondok.
“Mereka dengan sengaja telah melakukan kesalahan dibawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
“Kesemua individu ini juga berkumpul di satu tempat dan melanggar SOP dengan tiada penjarakan fizikal,” katanya.
Tambahnya, kesemua individu terbabit diarahkan supaya mengikuti SOP yang ditetapkan dalam tempoh PKP 2.0. -K! ONLINE