fbpx

12 anggota polis kontak rapat pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sik Choon Foo (kanan) memakaikan pelindung muka kepada seorang anggota tentera sambil diperhatikan Che Ibrahim Che Ismail (kiri) di sekatan jalan raya di Kampung Tanah Putih, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Seramai 12 anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada pesakit positif Covid-19 sewaktu bertugas.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, anggota yang terlibat kini menjalani kuarantin sejak kelmarin selama 14 hari selepas mendapat arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, rutin sebagai petugas barisan hadapan banyak terdedah kepada jangkitan Covid-19.

“Kita berharap keputusan yang bakal keluar adalah negatif selain tiada anggota yang dijangkiti.

“Bagaimanapun, setakat ini keadaan masih terkawal dan kita masih mampu untuk melaksanakan tugasan di peringkat daerah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan 200 keping pelindung muka daripada Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) Gua Musang di sekatan jalan raya di Kampung Tanah Putih di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi MCPF, Che Ibrahim Che Ismail.

Choon Foo berkata, lebih 300 pegawai dan anggota di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Gua Musang terlibat dengan tugasan ketika pandemik Covid-19 ini.

Katanya, setiap anggota pelbagai pangkat juga sering diingatkan supaya menjaga SOP ketika menjalankan tugas. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI