fbpx

Wanita selongkar tong sampah positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA yang sebelum ini tular dicekup anggota AADK Tumpat dalam serbuan di Tumpat semalam.

TUMPAT – Seorang wanita yang pernah tular di media sosial sewaktu dia menyelongkar tong sampah bersama anak-anaknya pada bulan lalu dicekup anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tumpat selepas dia dipercayai positif dadah dalam Op Cegah di sekitar daerah ini semalam.

Ketua Pegawai AADK Tumpat, Siti Morni Mustafa berkata, hasil ujian air kencing mendapati wanita berusia 36 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya, AADK turut menahan adik lelaki kepada wanita berkenaan yang turut positif dadah.

“Hasil soal siasat, wanita berkenaan mengaku telah mengambil dadah.

“Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut menyatakan bahawa dia bersedia untuk dipulihkan daripada pengaruh dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, tular satu video di media sosial yang menunjukkan wanita itu bersama anak-anaknya menyelongkar tong sampah di sekitar Tumpat

Perbuatan tersebut mendapat simpati daripada netizen malah ada juga yang mengutuknya.

Mengulas lanjut, Siti Morni memberitahu, selain pasangan adik beradik itu, AADK Tumpat turut dua lagi lelaki dalam operasi tersebut.

Katanya, semua penagih yang ditahan dalam operasi bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari itu dibawa ke AADK Tumpat untuk urusan dokumentasi.

“Kita akan terus menjalankan operasi untuk membanteras aktiviti penagihan dadah di jajahan ini,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI