fbpx

Treler bawa muatan bijih besi terbakar ketika daki bukit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadam kebakaran yang berlaku terhadap sebuah treler yang membawa muatan bijih besi di Kilometer 45 ,Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.

GUA MUSANG – Seorang pemandu treler muatan bijih besi berdepan detik cemas apabila kenderaan berat yang dipandunya itu terbakar secara tiba-tiba di Kilometer 45 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini hari ini.

Mangsa, Mohd. Zaidi Abdul Razak, 41, berasal dari Kampung Kasar, Sungai Tong, Permaisuri, Terengganu sempat keluar daripada trelernya selepas terbau hangit sebelum melihat api dan asap keluar melalui enjin.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika treler terbabit sedang dalam perjalanan dari Felda Chiku 3 menghala ke Kuala Krai.

Katanya, treler terbabit yang sarat dengan muatan bijih besi itu terbakar ketika menaiki kawasan berbukit.

“Sebelum pemandu itu keluar menyelamatkan diri, dia sempat memberhentikan trelernya di bahu jalan bagi mengelak kesesakan lalu lintas kepada kenderaan lain.

“Pemandu itu yang sempat menyelamatkan diri itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! pemberita di sini hari ini.

Choon Foo berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang telah bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran treler terbabit.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI