fbpx

Real tagih sentuhan penyudah Benzema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA antara nama yang sering menjaringkan gol buat Real setiap kali menentang Valencia. - AFP

MADRID – Juara bertahan, Real Madrid mengharapkan penyudah tajam Karim Benzema untuk merobek gawang Valencia menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi La Liga di Stadium Alfredo Di Stefano malam ini.

Meskipun sudah berusia 34 tahun, namun Benzema masih berupaya mempamerkan prestasi terbaiknya apabila sudah meledak 11 gol daripada keseluruhan 20 perlawanan La Liga setakat ini.

Ketua jurulatih Real, Zine­dine Zidane tentunya mahu melihat ‘mesin gol’ pasukannya itu mengekalkan momentum tersebut ke atas Valencia yang sekadar mencatat satu kemenangan daripada empat perlawanan terakhir La Liga.

Berdasarkan statistik, Valencia adalah kelab ketiga pa­ling banyak membenarkan Benzema meledak gol dengan keseluruhan 11 jaringan termasuk sembilan dalam saingan La Liga dan dua untuk aksi Piala Raja Sepanyol.

Bekas penyerang Perancis itu juga sudah meledak lima gol dalam empat pertemuan ter­akhir menentang Valencia.

“Ini satu perlawanan yang amat penting buat Real kerana kemenangan akan meningkatkan keyakinan kami dalam perebutan kejuaraan liga musim ini.

“Kami berada pada landasan tepat ketika ini dan saya harap momentum sekarang dapat dite­ruskan sekali gus mencatat kemenangan liga ketiga berturut-turut,” kata Benzema.

Sebagai rekod, Real kini menduduki tangga kedua dengan 46 mata dan tidak boleh keciciran mata kerana mereka ketinggalan lima mata di belakang pendahulu liga, Atletico Madrid yang memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI