fbpx

 Pendaftaran, kemas kini BPR dilanjutkan hingga 25 Februari ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini bagi Bantuan PRIHATIN Rakyat (BPR) dilanjutkan sehingga 25 Februari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan menetapkan tarikh pendaftaran dan kemas kini bagi BPR yang dibuka sejak 15 Januari lalu berakhir esok.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, lanjutan tarikh itu  bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak, serta mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh negara pada ketika ini.

Beliau berkata, hanya pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu membuat permohonan baharu.

“Ini termasuk golongan mudah terjejas baharu yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran impak penularan Covid-19.

“Dengan adanya proses pendaftaran baharu dan kemas kini ini, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk diverifikasi semula,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Tengku Zafrul berkata, penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu dan kemas kini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.

Beliau berkata, pembayaran Fasa 1 BPR kepada mereka akan dipercepatkan kepada penghujung bulan ini seperti yang diumumkan di dalam Pakej Bantuan Pelindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Januari lalu.

Menurutnya, bayaran Fasa 2 BPR pula dijangka dibuat awal bulan Mei depan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI