fbpx

Masalah pengangguran lepasan universiti perkara serius perlu perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MARAN – Sudahlah terpaksa bersaing sesama siswazah dalam keadaan peluang pekerjaan yang semakin berkurangan, kini terpaksa pula bersaing dengan individu berpengalaman yang kehilangan kerja.

Itulah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh golongan siswazah dalam suasana pandemik Covid-19 dalam memulakan kerjaya masing-masing selepas tamat belajar.

Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang, Profesor Dr. Mohd. Ilham Adenan berkata, sehubungan itu masalah pengangguran dalam kalangan lepasan universiti harus diberi perhatian segera.

“Ini (masalah pengangguran) merupakan perkara serius kerana dalam keadaan normal pun kita hadapi masalah (pengangguran) apatah lagi dalam keadaan sekarang.

“Sudahlah keluar dalam keadaan tiada peluang pekerjaan tetapi terpaksa bersaing lagi dengan mereka mereka yang diberhentikan kerja dan dan sebagainya,”katanya ketika ditemui di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus jengka di sini, baru-baru ini.

Menurut Mohd. Ilham isu pengangguran siswazah perlu segera diberi perhatian memandangkan terdapat banyak Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta yang ‘mengeluarkan’ siswazah setiap tahun.

Justeru katanya, satu kajian perlu dilakukan bagi mengupas isu ini seterusnya membantu golongan siswazah menganggur dan juga mahasiswa yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi.

“Dalam keadaan sekarang inilah masanya kita kena tengok termasuklah menyemak balik kurikulum dan sebagainya dengan mengambil kira suasana dan keperluan sekarang ini.

“Kalau kita tengok dalam keadaan sekarang ini ada industri yang terus ‘survive’ sehingga sesetengah boleh buat duit contohnya industri penghantaran barang dan perniagaan dalam talian dan sebagainya, jadi peluang itu mungkin wujud tetapi kena cari,”katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai amalan norma baharu dan pengajaran dan pembelajaran di universiti itu beliau berkata, pihak UiTM tidak mempunyai masalah kerana ia telah mula diamalkan oleh pensyarah dan pelajar universiti itu sejak Mac tahun lalu lagi.

Katanya, kebiasaannya masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran secara dalam talian ini hanyalah masalah talian internet di sesuatu kawasan yang perlu ditambah baik. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI