fbpx

Mapim gesa teliti skim tampung rakyat dibuang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azmi

GEORGE TOWN – Golongan B40 terutama yang diberhentikan kerja ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 perlu diberi peluang pekerjaan sendiri sebagai usahawan kecil bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya berpendapat agar kerajaan meneliti skim bagi menampung individu yang dibuang kerja terutama pekerja kilang dan swasta.

Menurutnya, ini berikutan susulan laporan akhbar Kosmo! hari ini mengenai tindakan nekad golongan B40 yang terkesan dengan pandemik Covid-19 sehingga terpaksa menjual semula motosikal termasuk memajak gerai di kedai bagi menampung kehidupan keluarga.

“Kami mendapati situasi ini menandakan keadaan akan menjadi bertambah buruk jika pihak kerajaan tidak meneliti dengan rapi keadaan rakyat bawahan.

“Dalam keadaan ini, kerajaan harus mencari kaedah terbaik supaya perkara sebegini tidak berlarutan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI