fbpx

Langgar SOP: Polis akan siasat Annuar Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang menunjukkan Annuar makan bersama beberapa lagi individu lain dalam sebuah program tular di laman sosial sejak semalam.

PETALING JAYA – Polis akan memanggil Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa untuk memberi keterangan mengenai dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian itu.

“Satu laporan mengenai kejadian itu juga telah dibuat di Cheras. Keterangan beliau akan diambil,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, sekeping gambar yang menunjukkan Annuar bersama enam individu duduk dalam satu majlis jamuan telah tular di media sosial.

Susulan itu, Annuar semalam memuat naik beberapa hantaran di laman Twitter yang dipercayai merujuk kepada gambar tular tersebut.

Annuar berkata, dia cuma duduk sebentar semasa program Pertanian Bandar itu sebelum beredar.

“Tadi semasa di ladang, saya duduk sekejap dan pindah kerana penganjur tak ikut SOP.

“Bukan tak sudi atau tak hargai tuan rumah, tetapi perlu ikut SOP. Saya pohon maaf, diharap tiada yang tersinggung,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI