fbpx

Kulit alergik, tingkat perbelanjaan kesan pemakaian pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazip Suratman (dua dari kanan), Yarina (kanan sekali) menyerahkan laporan kajian kepada Mohamad Azhan.

SHAH ALAM – Kulit alergik dan peningkatan kos perbelanjaan antara hasil dapatan kajian terhadap norma baharu berhubung pemakaian pelitup muka ketika ini.

Perkara itu didedahkan Ketua Penyelidik kajian Kempen Pembudayaan Norma Baharu dari Universiti Teknologi Mara ( UiTM), Prof. Madya Dr. Yarina Ahmad terhadap lebih 14,000 responden bermula September hingga Disember tahun lalu.

Kata beliau, responden itu termasuk dari mereka yang pernah melalui ujian saringan dan bekas pesakit Covid-19.

“Hasil kajian juga mendapati pemakaian pelitup muka memberikan ketidakselesaan kepada kanak-kanak dan warga emas serta individu yang mempunyai masalah penafasan.

“Namun, ada responden juga menyatakan pelitup muka secara tidak langsung menyukarkan pengecaman wajah seseorang termasuk penjenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas penyerahan laporan hasil kajian itu dilakukan Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Penyelidikan dan Inovasi, Prof.Dr.Nazip Suratman kepada Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pengurusan Pasca Bencana (NADMA), Mohamad Azhan Mohd. Amir -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI