fbpx

Junta tentera buru pejuang demokrasi Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunjuk perasaan berarak semasa demonstrasi menentang rampasan kuasa tentera di Yangon. - AFP

YANGON, Myanmar – Junta tentera Myanmar memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melindungi aktivis politik yang diburu pihak berkuasa dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Amaran ini dikeluarkan selepas pihak tentera mengeluarkan waran tangkap bagi  pejuang demokrasi veteran yang menyokong kumpulan tunjuk perasaan anti rampasan kuasa yang berlangsung secara besar-besaran di seluruh negara.

Keadaan politik di Myanmar berada dalam keadaan bergolak selepas junta tentera menahan pemimpin Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi minggu lalu dan menggulingkan pemerintahannya sekali gus mengakhiri era demokrasi yang hanya bertahan selama 10 tahun.

Pasukan tentera kini dilihat bertindak semakin pantas dalam menahan mana-mana kumpulan atau individu termasuk doktor  yang menyertai perarakan anti-rampasan.

Polis kini memburu tujuh individu yang dikenal pasti memberikan sokongan vokal terhadap penunjuk perasaan, termasuk beberapa aktivis demokrasi terkenal di negara itu.

“Sekiranya anda menjumpai pelarian yang disebutkan di atas atau  mempunyai maklumat mengenainya, laporkan ke balai polis terdekat,” kata satu notis pemberitahuan tempatan, lapor agensi berita AFP hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI