fbpx

Jakim, Jawi kebumikan 181 jenazah Covid-19 setakat semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah menyempurnakan 181 jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19 setakat, semalam.

Laporan Pengurusan Jenazah Covid-19 Jakim dan Jawi itu dikongsi Jawi menerusi ciapan di Twitter, semalam.

Berdasarkan laporan dikeluarkan itu, 107 membabitkan jenazah lelaki dan 74 adalah jenazah wanita.

Menurut Jawi, jenazah berusia 61 hingga 88 tahun paling ramai diuruskan iaitu 88 jenazah diikuti 41 hingga 60 tahun (49 jenazah).

“Selain itu, bagi usia 81 hingga 100 tahun (20 jenazah), 21 hingga 40 tahun (20 jenazah) dan bawah usia 20 tahun (empat jenazah).

“Lokasi paling ramai meninggal dunia adalah di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan 99 jenazah dan Hospital Putrajaya (HPJ) dengan 22 jenazah),” katanya.

Katanya, kesemua jenazah itu diuruskan dan dikebumikan oleh 46 petugas lelaki dan 17 petugas wanita.

Jawi berkata, tugasan itu dilakukan sebagai tanggungjawab fardu kifayah ke atas saudara seagama.

“Doakan kami agar terus kuat menabur khidmat,” katanya.

Katanya, kebanyakan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah di bawah seliaan Jawi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI