fbpx

Dron Rusia mampu hancurkan benua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poseidon berupaya membawa peledak nuklear dan memusnahkan sasaran sejauh 10,000 km. – THE SUN

MOSCOW – Rusia bersedia untuk menguji dron nuklearnya yang dikatakan mampu menghancurkan benua Amerika Utara.

Persediaan menguji dron dalam air dinamakan Poseidon yang akan dibawa oleh kapal selam Belgorod itu sedang dilakukan, lapor akhbar Rusia Izvestia seperti yang dipetik akhbar The Sun.

Difahamkan, Rusia bakal memiliki kira-kira 30 dron nuklear Poseidon menjelang tahun 2027.

Ia boleh dilengkapi senjata konvensional dan nuklear. Dron tersebut juga boleh digunakan untuk memusnahkan pelbagai jenis sasaran. Poseidon berjaya dilancarkan dari kapal selam berkuasa diesel sebelum ini.

Presiden Rusia, Vladimir Putin mendedahkan maklumat mengenai dron nuklear tersebut pada 2015. Ketika itu Poseidon dikenali sebagai Sistem Lautan Pelbagai Fungsi Status-6.

Dron tersebut boleh bergerak pada kelajuan mencecah 85 kilometer sejam di dalam air dan mampu mencapai sasaran sejauh 10,000 kilometer serta berupaya membawa peledak peluru nuklear dengan kuasa letupan 100 megaton, demikian menurut media di Rusia.

Pada tahun lalu, seorang pegawai tentera laut berpangkat kap­ten, Konstantin Sivkov berkata, Poseidon mampu menyebabkan gempa bumi dan menghancurkan benua Amerika Utara.

Sebagai perbandingan, bom atom yang digugurkan di Hiroshima mempunyai kekuatan sekitar 15 kiloton. kekuatan 100 megaton adalah bersamaan 100,000 kiloton. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI