fbpx

5,000 bayi alami kecacatan jantung selepas dilahirkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan lapan hingga 10 bayi bagi setiap 1,000 kelahiran hidup di negara ini menghidapi penyakit jantung kongenital atau kecacatan jantung sejak dalam kandungan.

Menerusi hantaran di Facebook, KKM memaklumkan, lebih kurang 5,000 bayi yang dilahirkan di Malaysia mengalami masalah tersebut berdasarkan 500,000 kelahiran setahun.

“Kajian mendapati, 95 peratus daripadanya tidak diketahui punca namun, risiko meningkat jika si ibu mengambil ubat-ubatan terlarang dan alkohol ketika mengandung.

“Selain itu, risiko lain termasuk merokok, mengalami diabetes gestasi, mendapat jangkitan virus (Rubela) semasa mengandung dan mempunyai masalah genetik seperti kelainan kromosom (Sindrom Down),” katanya.

KKM berkata, orang ramai boleh dapatkan nasihat doktor dan elakkan faktor risiko itu bagi mengelakkan bayi mengalami kecacatan jantung.

Jelasnya lagi, pengesanan awal boleh mengurangkan komplikasi pada bayi dan memberi persediaan kepada ibu bapa untuk menerima kelahiran bayi ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI