fbpx

2,464 kes baharu, kes sembuh tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 2,464 kes positif hari ini

PUTRAJAYA – Sebanyak 4,525 kes sembuh dilaporkan hari ini sekali gus tertinggi dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 213,814 kes.

Dalam masa sama, kes baharu pula merekodkan sebanyak 2,464 kes dengan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia mencatatkan 264,269 kes.

Kementerian Kesihatan menerusi ciapan Twitternya memaklumkan, daripada jumlah tersebut, tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 2,461 kes adalah penularan tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 49,490 kes.

“Sebanyak tujuh kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 965 kes,” menurut ciapan tersebut di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 260 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 111 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI