fbpx

10 buah rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran melibatkan 10 buah rumah di Sungai Korok petang ini.

ALOR SETAR – Sebanyak 10 buah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Seberang Kereta Api, Sungai Korok di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.43 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan BBP Alor Setar tiba di lokasi pada pukul 3.50 petang,” katanya di sini hari ini.

Katanya, operasi itu disertai 11 anggota dari BBP Jalan Raja dan dibantu 15 anggota BBP Alor Setar serta 12 pegawai dari JBPM Kedah.

“Pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal api daripada merebak,” ujarnya.

Tambah Mohamadul Ehsan, seramai 25 penghuni di 10 buah rumah tersebut terselamat apabila mereka sempat menyelamatkan diri sebelum api marak.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian pula masih dalam siasatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI