fbpx

Tiga jam bomba padam kebakaran lalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba memadamkan kebakaran di Jalan Batu Kawan, Simpang Ampat hari ini.

Oleh ISWAN SHAFIQ ISA

SEBERANG PERAI – Bomba mengambil masa hampir tiga jam bagi memadamkan kebakaran membabitkan lalang seluas kira-kira 0.8 hektar di Jalan Batu Kawan, Simpang Ampat di sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, kejadian kira-kira pukul 2.18 petang itu berlaku tidak jauh dari ibu pejabat pihaknya.

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kawan, Sungai Bakap dan Butterworth segera dikejarkan ke lokasi untuk memadamkan api.

“Tindakan anggota membuat pemadaman dan pengawalan serta ‘fire break’ berhampiran bangunan disebabkan pergerakan angin kuat membolehkan kebakaran dikawal kira-kira pukul 3.46 petang sebelum api dipadamkan pukul 4.30 petang.

“Pemantauan akhir dilakukan selepas itu bagi memastikan api tidak lagi merebak dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 5.04 petang,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tambah jurucakap terbabit, tiada mangsa terlibat dalam kebakaran tersebut dan operasi pemadaman itu juga dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI