PUTRAJAYA – Seorang lelaki warga tempatan diburu Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi membantu siasatan berkaitan kes di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.
Difahamkan suspek dikehendaki berhubung kes kartel daging di Johor yang dilaporkan media baru-baru ini.
Suspek, Tan Siew Huak dengan nombor kad pengenalan 790921-01-6509 beralamat terakhir di No 6, Jalan Harmonium 31/5 Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru.
Menerusi poster orang dikehendaki yang dikeluarkan KPDNHEP, lelaki itu diburu bagi membantu siasatan kes nombor Senai/006596/20.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali lelaki berkenaan boleh menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Tuan Mohd. Redzuan Nordin di talian 012-2568583 atau emel [email protected]. – K! ONLINE