fbpx

Rendang Dendeng Kak Manja dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rendang Dendeng Kak Manja berharga RM40 untuk pek 500 gram.

KUALA LUMPUR – Bermula dengan menjual hanya lima kilogram rendang, kini jenama Rendang Dendeng Kak Manja semakin mendapat sambutan dengan lebih 200 kilogram dihasilkan dalam sebulan untuk memenuhi permintaan di seluruh negara. 

Pengasasnya, Fatin Amirah Md. Anuar, 32, berkata, perniagaan itu dimulakan secara kecil-kecilan pada tahun 2015 selepas mendapat permintaan daripada kenalan menjelang bulan Ramadan. 

Katanya, resipi keluarga itu berjaya memikat hati para pelanggan yang mencubanya dan kini produk tersebut telah mendapat tempahan dari Sabah dan Sarawak.

“Pada awalnya, Rendang Dendeng Kak Manja ini dijual pada rakan-rakan terdekat yang ingin merasai resipi keluarga kami, namun semakin hari ia semakin mendapat permintaan terutama dalam tempoh sebulan sebelum Ramadan sehinggalah Hari Raya Aidilfitri. 

“Kami perlu memasak sehingga 600 kilogram rendang sepanjang tempoh tersebut untuk memenuhi permintaan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini. 

Fatin mula menjual rendang sejak 2015.

Menurut Fatin, Rendang Dendeng Kak Manja ditawarkan dalam dua pilihan saiz iaitu 500 gram pada harga RM40 manakala pek 200 gram berharga RM20. 

Ujarnya, produk berkenaan mampu bertahan sehingga enam bulan sekiranya disimpan di tempat sejuk beku dan sesuai dijadikan menu utama untuk dinikmati bersama nasi atau dijadikan inti sandwich.

“Biasanya tempahan akan diambil melalui ejen sah, laman sosial Facebook Fatin Anuar atau Instagram @dapur_kakmanja. Namun penghasilan rendang ini terhad memandangkan ia dibuat secara homemade.

“Kami dalam proses untuk menyediakan ruang pembuatan yang sesuai untuk menghasilkan rendang ini dalam kuantiti lebih banyak,” katanya. 

Tambah Fatin, pihaknya menyambut baik sekiranya ada pihak yang ingin menjadi rakan niaga untuk membesarkan jenama itu sehingga melepasi pasaran antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI