fbpx

Penyeludup mungkin guna dron pantau kawalan sempadan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamsari Abu Hassan (tiga kiri) bersama anggota ATM turun padang meninjau pembinaan rumah di bawah program Jiwa Murni ATM di Kampung Alor Durian, Tumpat hari ini.

TUMPAT – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menolak kemungkinan sindiket penyeludup sanggup menggunakan dron untuk memantau kawalan sempadan negara bagi membolehkan kegiatan haram mereka berjalan lancar.

Panglima Briged Kelapan Infantri, Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hassan berkata, meskipun pengunaan dron masih belum dikesan oleh ATM, namun ia bukan perkara mustahil untuk dilakukan oleh mereka.

Menurutnya, bagaimanapun ATM sentiasa bersedia untuk berdepan pelbagai cabaran sepanjang melaksanakan tugasan di kawasan sempadan negara.

Ujarnya, rondaan agresif di kawasan sempadan negara di bawah kendalian ATM sejauh 85 kilometer dari Rantau Panjang ke Jeli sentiasa diperketatkan dari masa ke masa.

“Kita mahu sempadan negara tidak mudah untuk dibolosi oleh aktiviti jenayah rentas sempadan yang boleh menggugat kestabilan negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob turun padang meninjau Program Jiwa Murni ATM di Kampung Alor Durian, Wakaf Bharu di sini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI