fbpx

Panggung Bandaraya berusia lebih 100 tahun nyaris terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan panggung yang terbakar

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pengawal keselamatan dan orang awam berjaya menyelamatkan Panggung Bandaraya yang berusia lebih 100 tahun di Dataran Merdeka daripada terbakar hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Mohd. Azam Alip berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur pagi ini menerima panggilan kecemasan berhubung insiden kebakaran di bangunan tersebut.

“Setibanya bomba di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah meja yang diletakkan di koridor bangunan untuk kegunaan pasukan pengawal keselamatan.

“Meja itu telah terbakar 100 peratus. Kebakaran tersebut telah merebak ke tingkap,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Azam berkata, kebakaran itu bagaimanapun telah dipadamkan oleh pihak DBKL, pengawal keselamatan dan orang awam sebelum pihak bomba tiba.

Menurut beliau, anggota bomba kemudian mejalankan kerja-kerja ‘overhall’ untuk memastikan api telah dipadamkan sepenuhnya

“Kebakaran dipadamkan sepenuhnya pada pukul 9:48 pagi. Tiada mangsa terlibat. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI