fbpx

Padah langgar syarat sah lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOT nelayan yang ditahan APMM di sekitar perairan Kuala Selangor, Selangor, semalam.

KLANG – Tindakan sebuah bot nelayan melanggar syarat sah lesen mengundang padah selepas ditahan Maritim Malaysia (APMM) di kedudukan kira-kira 4.0 batu nautika selatan perairan Kuala Selangor, semalam.

Dalam kejadian pukul 4.10 petang itu, bot Kelas A dikendalikan tiga lelaki warga Myanmar berkenaan datang dari arah Tanjong Karang.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, penahanan itu hasil maklumat pihaknya yang sedang melakukan Ops Benteng Laut di perairan berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati tiga kru bot berusia 18 hingga 38 tahun itu memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bagaimanapun, permit dan pas lawatan sosial semua lelaki Myanmar itu didapati sudah tamat tempoh.

“Berikutan itu, bot dan tiga kru bersama ikan yang dianggarkan seberat 150 kilogram (kg) dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Mohammad Rosli, siasatan dijalankan pihaknya mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI