fbpx

Nelayan Rohingya ditahan cari hasil laut secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga nelayan etnik Rohingya ditahan selepas didapati mengusahakan bot nelayan tempatan tanpa kebenaran semalam.

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) menahan tiga nelayan Rohingya selepas didapati mengusahakan sebuah bot nelayan tempatan tanpa kebenaran di kedudukan 7.3 batu nautika tenggara Pulau Rimau di sini petang semalam.

Mereka terdiri seorang tekong dan dua nelayan berusia 24 hingga 33 tahun itu ditahan semasa sedang leka menangkap ikan di atas bot tempatan yang mempunyai nombor pendaftaran yang sah kira-kira pukul 6.30 petang.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, tangkapan dilakukan ketika anggota melaksanakan rondaan rutin Op Benteng dan Op Pertiwi 01/2020.

Menurutnya, semasa pemeriksaan, ketiga-tiga mereka memiliki Kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNCHR).

“Hasil pemeriksaan lanjut, ketiga-tiga nelayan warga asing tersebut tidak memiliki sebarang kebenaran melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan Malaysia.

“Bot dan tahanan kemudiannya dibawa ke pejabat Maritim Negeri bagi proses saringan Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, kes akan disiasat di bawah Seksyen 8 (b), Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar apa-apa syarat dalam lesen yang dikeluarkan berkenaan dengan vesel itu tidak usaha sendiri dan menggaji kru asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Justeru tambah beliau, pihaknya menyeru orang ramai termasuk persatuan-persatuan nelayan supaya memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti kesalahan di laut menerusi talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri: 04-2626146. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI