fbpx

MyHeart beri rawatan percuma kepada lebih 1,000 pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Ahmad Luqman (kiri) sedang melakukan rawatan fisioterapi terhadap Muhammad Faiz di Pangsapuri Alora di Seksyen 25, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Prihatin terhadap kumpulan masyarakat kurang berkemampuan mendapatkan rawatan kesihatan mendorong Pertubuhan Kesihatan Jantung Malaysia (MyHeart) menawarkan khidmatnya secara percuma kepada rakyat Malaysia.

Pengerusi My Heart, Dr. Ahmad Luqman Ahmad Shuhaili berkata, rawatan tersebut termasuk cuci luka, sesi fisioterapi, menukar tiub rawatan dan sebagainya kepada para pesakit.

“Sebelum ini, kita hanya memfokuskan kepada rawatan dan penajaan perbelanjaan pesakit jantung.

“Namun, kita menukar keadah itu dalam perluaskan perkhidmatan rawatan percuma dengan lebih 1,000 pesakit telah dibantu di seluruuh negara setakat ini,” katanya ketika ditemui di Pangsapuri Alora di Seksyen 25, di sini, hari ini.

Terdahulu, sepasukan anggota itu memberikan rawatan kepada Muhammad Faiz Yeo Muhammad Riduan Yeo, 20, yang merupakan mangsa kemalangan apabila motosikal ditungganginya dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Seksyen 25, September tahun lalu.

Menurutnya, pihaknya juga bercadang membeli dua buah ambulans bagi membawa pesakit ke hospital seterusnya mengukuhkan lagi sistem perkhidmatan kesihatan ditawarkan pihaknya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI